Wednesday, May 5, 2010

KURSUS KREATIF PENERBITAN VIDEO



KURSUS KREATIF PENERBITAN VIDEO
26 HINGGA 29 JULAI 2010
HOTEL SERI MALAYSIA, GENTING HAIGHLAND PAHANG

Anda pasti bertanya apakah kursus ini dan siapakah yang layak untuk mengikuti kursus ini?
Apakah skop kursus ini dan sejauh mana manafaat kepada peserta?
Mahal atau murah dan berbaloikah yuran dengan kursus ini?
Peralatan apa yang disediakan untuk peserta guna sewaktu kursus?
Siapa tenaga pengajar atau penceramah?
Boleh pandaikah peserta setelah menghadapi kursus ini?
Banyak lagi nak tanya?

Kursus ini adalah satu kursus berkaitan Penerbitan video seperti Video Korporat, Video Montage, Video Perasmian, Video Iklan, Video Khawin, Video Klip, Video dan banyak video lagi yang ingin di hasilkan. Sepanjang kursus yang akan berjalan berkonsepkan 30% teori dan 70% praktikal. Pemikiran Kreatif diterapkan dalam kursus ini untuk membina daya kreatif dalam menghasilkan satu penerbitan baru, bagaimana untuk berfikir secara kreatif? Siapa yang patut fikirkan konsep penerbitan? Ya... Selalunya Pegawai dalam sesuatu jabatan di arahkan untuk menghasilkan satu penerbitan korporat video maka pegawai tadi harus tahu dan cukup memahami bagaimana untuk mencipta satu konsep baru yang menarik untuk di tonton oleh masyarakat berkaitan jabatan itu. Konsep pemikiran kreatif yang ada hubungkait dengan pemikiran Edward D Bono diterapkan kepada peserta kursus melalui penceramah dan penulisan serta gaya bahasa kepada skrip. Pegawai perlu ada Konsep, Mampu menuliskan Skrip Penerbitan sebelum shooting dan memahami dengan jelas tujuan penghasilan korporat video melalui penerbitan video.

Pegawai dan kakitangan akan di beri penjelasan mengenai konsep pengarahan oleh saudara Mamat Khalid yang memang terlibat sepenuhnya dalam bidang penerbitan dan filem di malaysia. Teknik dan pengarahan dalam menjalan penerbitan yang terlibat dari skrip, shooting, editing dan final mix untuk penerbitan akan membantu kita semua memahami secara mendalam dalam bidang pengarahan sebenar.

Pegawai juga perlu mempelajari secara mendalam berkaitan post production iaitu penggunaan kamera video, editing video walaupun tugasan ini akan dijalankan oleh kakitangan sokongan mahupun kakitangan teknikal dalam jabatan untuk membuat rakaman ( Shooting ) dan juga kerja-kerja editing menggunkan system editing NLE yang terdapat dipasaran. Pegawai dan kakitangan yang sama-sama memahami kemampuan sesebuah kamera yang ada dan juga memahami teknik shot dalam shooting memudahkan kakitangan untuk menjalankan kerja-kerja shooting. Sewaktu kerja-kerja editing video, pegawai dan kakitangan memahami sepenuhnya kemampuan sistem editing dan kepenggunaan effect yang sedia ada dalam sistem editing tersebut maka mudahlah kerja kerja editing dapat dijalankan sehingga siap tanpa perlu masa yang panjang.

Dalam kursus ini akan di ajar cara penulisan skrip yang betul, Penggunaan kamera video digital dengan betul, Pemebelajaran editing menggunakan software dan kepelbagaiaan effect, muzik, sound effect , 2D dan 3D grafik serta Suara Latar sehingga siap projek tersebut.

Dalam kursus ini setiap peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menghasilkan projek kursus sehingga siap dalam masa 4 hari dari penulisan skrip, Shooting video, editing Video dan final mix video penerbitan tersebut.

Kursus ini amat murah kerana dengan Bayaran RM 1,500.00 para peserta di beri penginapan 4 malam, makan dan minum 6 kali sehari, west, beg, buku pembelajaran, peralatan kamera video profesional, editing video broadcasting ( Taraf TV ) sijil bersama tenaga pengajar yang hebat seperti Dato Prof. Dr. yusof Hassan, Mamat Khalid, Sharif Zulkepele yang cukup berpengelaman dalam dunia multimedia. Anda boleh melayari youtube dengan menaip....( Kursus Editing ) untuk melihat hasil kerja kursus yang lalu dan juga pembelajaran kursus editing video sebagai panduan kepada peminat dunia multimedia. Anda pasti tidak rugi.

emailkan pertanyaan anda kepada : info@inframinda.com.my sharif@zaftrad.com.my

TEMPAT AMAT TERHAD, SIAPA CEPAT DIA DAPAT.......