Thursday, August 5, 2010

TRELER KIBARKAN JALUR GEMILANG

OGOS 2010

TRELER KIBARKAN JALUR GEMILANG
SIARAN TV DI MALAYSIA
DURASI 40 SAAT.

PENGARAH : SHARIF ZULKEPELE SHARIF HARUN

TAJUK : Kibarkan Jalur Gemilang
Durasi : 40 saat
Terbitan : Filem Negara Malaysia
Tayangan : Ogos 2010
Kinsey : suspense dan gembira

Sinopsis :
Kawasan kampung dalam satu keluarga, kelihatan emak sedang menjahit di ruang tamu rumah kampung. Kelihatan anak anak sedang bersama emak menjahit. Anak terlalu ghairah menanti emak siap menjahit. Emak terasa di ganggu oleh anak anak yang kelihatan tidak sabar. Emak masih tekun menjahit walau di ganggu oleh anak anak untuk mendapatkan kain bendera yang dijahit. Semangat patriotik anak anak cukup tinggi untuk mengibarkan bendera jalur gemilang di halaman rumah.

Kelihatan beberapa budak lelaki sedang berbasikal dengan bendera jalur gemilang di pacak di basikal masing masing. Mereka nampak riang gembira.

Di hadapan rumah, kelihatan anak anak perempuan berlari membawa bendera yang telah siap dijahit oleh emak mereka untuk di pacak di pagar rumah. Pada masa yang sama, sekumpulan kanak kanak lelaki yang berbasikal melintas lalu dengan riang gembira.

Freeze shot dan title : KIBARKAN JALUR GEMILANG

SCENE 1 :
Lokasi : Ruang tamu rumah kampung.
Scene : Kelihatan emak sedang menjahit bersama anak anak perempuan. Anak kelihatan gelisah dan menarik kain yang sedang dijahit. Kelihatan kakak sedang membaca buku tanpa menghiraukan adik adiknya.

C/U : Jarum di mesin jahit

C/U : muka mak

Cut
C/U : Muka anak anak

Cut to
M/S : Overshoder Kakak yang sedang membaca buku dan kelihatan adik sedang menganggu emak menjahit.

Cut
M/S : Adik. ” Mak cepat la ” dengan muka yang tak sabar menanti.

Cut
C/U : Emak ” Adik, sabar la... dah nak siap ni ”

Cut to
M/S : Oversholder emak, kelihatan adik sedang menarik kain yang dijahit.

Cut to
C/U : Mak ” Ha dah siap...semangat betul adik ni...”

Cut to
M/S : kakak sedang tersenyum dan bangun.


Scene 2 :
Lokasi : di jalan raya
: Kelihatan 3 orang kakak-kanak lelaki sedang berbasikal dengan bendera jalur gemilang terpacak dibasikal masing masing dengan gembira.


Scene 3:
Lokasi : Halaman Rumah
Kelihatan adik adik tadi bersama kakak sedang berjalan dengan bendera jalur gemilang yang siap untuk dipacak di pagar rumah.. pada masa yang sama 3 kanak-kanak lelaki berbasikal melintasi halaman rumah adik adik tadi... kelihatan semua gembira.


Freeze Shot :
Grafik : KIBARKAN JALUR GEMILANG


TERBITAN :
FILEM NEGARA MALAYSIA.

Wednesday, May 5, 2010

KURSUS KREATIF PENERBITAN VIDEO



KURSUS KREATIF PENERBITAN VIDEO
26 HINGGA 29 JULAI 2010
HOTEL SERI MALAYSIA, GENTING HAIGHLAND PAHANG

Anda pasti bertanya apakah kursus ini dan siapakah yang layak untuk mengikuti kursus ini?
Apakah skop kursus ini dan sejauh mana manafaat kepada peserta?
Mahal atau murah dan berbaloikah yuran dengan kursus ini?
Peralatan apa yang disediakan untuk peserta guna sewaktu kursus?
Siapa tenaga pengajar atau penceramah?
Boleh pandaikah peserta setelah menghadapi kursus ini?
Banyak lagi nak tanya?

Kursus ini adalah satu kursus berkaitan Penerbitan video seperti Video Korporat, Video Montage, Video Perasmian, Video Iklan, Video Khawin, Video Klip, Video dan banyak video lagi yang ingin di hasilkan. Sepanjang kursus yang akan berjalan berkonsepkan 30% teori dan 70% praktikal. Pemikiran Kreatif diterapkan dalam kursus ini untuk membina daya kreatif dalam menghasilkan satu penerbitan baru, bagaimana untuk berfikir secara kreatif? Siapa yang patut fikirkan konsep penerbitan? Ya... Selalunya Pegawai dalam sesuatu jabatan di arahkan untuk menghasilkan satu penerbitan korporat video maka pegawai tadi harus tahu dan cukup memahami bagaimana untuk mencipta satu konsep baru yang menarik untuk di tonton oleh masyarakat berkaitan jabatan itu. Konsep pemikiran kreatif yang ada hubungkait dengan pemikiran Edward D Bono diterapkan kepada peserta kursus melalui penceramah dan penulisan serta gaya bahasa kepada skrip. Pegawai perlu ada Konsep, Mampu menuliskan Skrip Penerbitan sebelum shooting dan memahami dengan jelas tujuan penghasilan korporat video melalui penerbitan video.

Pegawai dan kakitangan akan di beri penjelasan mengenai konsep pengarahan oleh saudara Mamat Khalid yang memang terlibat sepenuhnya dalam bidang penerbitan dan filem di malaysia. Teknik dan pengarahan dalam menjalan penerbitan yang terlibat dari skrip, shooting, editing dan final mix untuk penerbitan akan membantu kita semua memahami secara mendalam dalam bidang pengarahan sebenar.

Pegawai juga perlu mempelajari secara mendalam berkaitan post production iaitu penggunaan kamera video, editing video walaupun tugasan ini akan dijalankan oleh kakitangan sokongan mahupun kakitangan teknikal dalam jabatan untuk membuat rakaman ( Shooting ) dan juga kerja-kerja editing menggunkan system editing NLE yang terdapat dipasaran. Pegawai dan kakitangan yang sama-sama memahami kemampuan sesebuah kamera yang ada dan juga memahami teknik shot dalam shooting memudahkan kakitangan untuk menjalankan kerja-kerja shooting. Sewaktu kerja-kerja editing video, pegawai dan kakitangan memahami sepenuhnya kemampuan sistem editing dan kepenggunaan effect yang sedia ada dalam sistem editing tersebut maka mudahlah kerja kerja editing dapat dijalankan sehingga siap tanpa perlu masa yang panjang.

Dalam kursus ini akan di ajar cara penulisan skrip yang betul, Penggunaan kamera video digital dengan betul, Pemebelajaran editing menggunakan software dan kepelbagaiaan effect, muzik, sound effect , 2D dan 3D grafik serta Suara Latar sehingga siap projek tersebut.

Dalam kursus ini setiap peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menghasilkan projek kursus sehingga siap dalam masa 4 hari dari penulisan skrip, Shooting video, editing Video dan final mix video penerbitan tersebut.

Kursus ini amat murah kerana dengan Bayaran RM 1,500.00 para peserta di beri penginapan 4 malam, makan dan minum 6 kali sehari, west, beg, buku pembelajaran, peralatan kamera video profesional, editing video broadcasting ( Taraf TV ) sijil bersama tenaga pengajar yang hebat seperti Dato Prof. Dr. yusof Hassan, Mamat Khalid, Sharif Zulkepele yang cukup berpengelaman dalam dunia multimedia. Anda boleh melayari youtube dengan menaip....( Kursus Editing ) untuk melihat hasil kerja kursus yang lalu dan juga pembelajaran kursus editing video sebagai panduan kepada peminat dunia multimedia. Anda pasti tidak rugi.

emailkan pertanyaan anda kepada : info@inframinda.com.my sharif@zaftrad.com.my

TEMPAT AMAT TERHAD, SIAPA CEPAT DIA DAPAT.......

Tuesday, April 6, 2010

PROMO INFRA MINDA

ANDA INGIN MENONTON?

www.youtube.com/promo infra

selamat menonton promo infra

Saturday, March 6, 2010

KURSUS PENERBITAN VIDEO ATM MINDEF

KURSUS PENERBITAN VIDEO PROFESIONAL

15 HINGGA 19 MAC 2010

Seramai 35 orang peserta akan mengikuti kursus Penerbitan Video Profesional yang akan di adakan di Aseiana Resort Pulau Langkawi. Kursus ini adalah kesinambungan bagi 4 kursus yang telah lalu. Konsep kursus ini adalah 30% teori dan 70% praktikal dengan peralatan profesional yang dibekalkan. Kamera Video ( 3CCD ) sebanyak 10 unit, Sistem Editing ( Software Edius Pro 5.12 vision ) Desktop 12 Unit. Setiap peserta akan dibahagikan kepada 10 kumpulan dan setiap kumpulan peserta perlu meyiapkan hasil projek selama 5 minit ( Siap untuk tayangan lengkap ) kumpulan terbaik akan mendapat hadiah.

Kursus ini akan bermula dengan Konsep dan Kreatif ( Pemikiran Kreatif ), Skrip dan penulisan skrip, Peserta perlu meyiapkan skrip dan storybord untuk menjalan shooting bagi setiap kumpulan sekitar Pulau Langkawi. Pembelajaran Kamera Video 3CCD bermula dengan mengenali peralatan, iris, shutter speed, White balance, Filter indoor & outdoor, Shot, tip shoting dan terlalu banyak lagi. Pembelajaran editing dan Software edius Pro 5 (Tenaga Pengajar yang telah di iktiraf oleh Edius ( Grass Velly Group ) sila lihat laman web http://www.grass-cutters.net/ ( En Sharif Zulkepele Sharif Harun ). Setiap perserta perlu menyiapkan hasil projek kursus selama 5 minit termasuk kerja-kerja shooting, editing, muzik, suara latar, grafik 3D, Sound Effect, Final mix dan siap dalam bentuk DVD untuk tayangan pada hari penutup 19hb mac 2010.

Para peserta disediakan sistem editing desktop ( Quad Core , 4gb RAM ) format kelas editing. Konsep ini banyak membantu peserta dapat mempelajari secara terus dengan peralatan. Kelas bermula 9pagi hingga 11 malam. Kelas praktikal di terus kan dari 11 malam hingga 7pagi dengan bantuan Pembantu tenaga pengajar seramai 4 orang. Kursus ini agak berat kerana selama 4 hari, peserta kursus perlu berkerja keras untuk meyiapkan tugasan yang diberi. Sijil akan diberikan pada akhir kursus kepada peserta oleh pengarah dari ATM sendiri.

Jika anda juga berani seperti peserta kursus oleh ATM ini sila hubungi kami di www.inframinda@yahoo.com atau layari http://www.inframinda.com.my/ Atau layari http://www.zaftrad.com.my/ untuk kursus-kursus yang akan datang. Kami ada pendokong dan penjana Akedemi Multimedia Terunggul.